Thursday, July 3, 2014

                                       

Alam:Plantae(tiada peringkat):Angiosperma(tiada peringkat):Eudicots(tiada peringkat):RosidsOrder:Rosales
Keluarga:Moraceae
Tribus:Artocarpeae
Genus:Artocarpus
Spesies:A. altilis
Nama binomialArtocarpus altilis


Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga431 kJ (103 kcal)
Karbohidrat27.12 g
Gula11.00 g
Serabut diet4.9 g
Lemak0.23 g
Protein1.07 g
Air70.65 g
Vitamin A setara0 μg (0%)
beta-karotena0 μg (0%)
Tiamina (vit. B1)0.110 mg (10%)
Riboflavin (vit. B2)0.030 mg (3%)
Niasin (vit. B3)0.900 mg (6%)
Asid pantotenik (B5)0.457 mg (9%)
Vitamin B60.100 mg (8%)
Kolina9.8 mg (2%)
Vitamin C29.0 mg (35%)
Vitamin E0.10 mg (1%)
Vitamin K0.5 μg (0%)
Kalsium17 mg (2%)
Besi0.54 mg (4%)
Magnesium25 mg (7%)
Mangan0.060 mg (3%)
Kalium490 mg (10%)
Natrium2 mg (0%)
Zink0.12 mg (1%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

HOMEMADE KEREPEK SUKUN KG DELEK

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI

018-2849638 - MANJE


KHASIAT BUAH SUKUN









KHASIAT BUAH SUKUN

Manfaat buah sukun untuk sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk penderita jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit liver, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menperkuat tulang dan gigi.

MANFAAT BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET

Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun ternyata memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalarubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan bahkan dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun terbilang setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat


Pokok Sukun merupakan pokok makanan yang paling banyak hasilnya, dengan sebatang pokok mampu menghasilkan melebihi 200 buah semusim. Di Pasifik Selatan, pokok Sukun mampu menghasilkan antara 50 hingga 150 buah setahun. DiIndia selatan, pengeluaran buah adalah sekitar 150 hingga 200 biji setahun. Penghasilan bergantung antara kawasan kering dan lembab.
Di Caribbean, anggaran konservatif adalah 25 biji buah sepokok. Kajian diBarbados menunjukkan potensi agak baik bagi 6.7 hingga 13.4 tan setiap ekar (16-32 tan/ha). Buah Sukun sebesar sebiji bola sepak memiliki permukaan bergerutu, dan setiap buah terbagi kepada beberapa "achenes", yang dikelilingi perianth berisi dan tumbuh pada tangkai berisi. Sesetengah variati yang ditanam memiliki buah tanpa biji. Pokok Sukun berkait rapat dengan pokok Nangka.
Buah Sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.
Buah sukun yang kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Disamping itu pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan dari tepung atau kanji daripada sukun.

KEREPEK SUKUN


KEREPEK SUKUN KAMPUNG DELEK, KLANG



RASA YANG UNIK (LEMAK DAN MANIS)

BOLEH DIJADIKAN SNEK ISTIMEWA SANTAPAN SEISI KELUARGA